SOSOK : Askar Wataniah
Dari Portal KementerianPertahanan Malaysia 15 Feb 2008
www.mod.gov.my
1. Apakah itu Askar Wataniah?
Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara.
HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.
Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.
2. Bagaimanakah saya dapat menyertai Askar Wataniah?
Sekiranya saudara/saudari ingin menyertai Askar Wataniah pada hari ini, silalah berhubung dengan pasukan-pasukan Tentera Darat atau Askar Wataniah yang berhampiran. Saudara/saudari juga boleh menghubungi Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) untuk keterangan lanjut di alamat berikut :-
Bahagian Simpanan Tentera Darat
Markas Tentera Darat
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Tel : 03-2921333 / 03-2941536 samb. : 2287 / 2290
Rejimen Askar Wataniah
Dikutip dari : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Rejimen Askar Wataniah adalah pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia. Dahulunya dikenali Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah adalah pasukan barisan paling akhir sekali dalam medan pertempuran. Terdapat percahan dalam askar wataniah. Antaranya. Elemen tempur, bantuan tempur, bantuan perkhidmatan, elemen pakar, PALAPES, dan elemen PARA.
Pasukan kerahan. Cawangan latih. Elemen tempur merupakan pasukan sementara. Setiap parlimen ada 1 kampeni askar wataniah (tempur). Elemen bantuan tempur, elemen pakar dan bantuan perkhidmatan adalah wataniah didalam kor @ rejimen masing masing.
Setiap Kor @ rejimen ada wataniah nya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Group Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar pelabuhan, pakar semboyan, pakar bekalan air, pakar stesen janakuasa elektrik. PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari penuntut untuk ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Elemen PARA adalah wataniah di kalangan pasukan payung terjun. Pasukan Kerahan adalah Pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa. Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latih ialah pasukan yang melatih sekumpulan atau sesaorang untuk direkrutkan menjadi Askar Wataniah. Setiap briged ada 1 rejimaen Wataniah PARA. Setiap Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW), kecuali bantuan tempur. bantuan perkhidmatan dan elemen pakar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar